Saturday 23 July 2011

rasie tahi lalat!wow...sy sgtg sukaknyer..kekkee~~


cakkkkkk!!!!!!!!!!!

sgt suka bace ni..yeay..hehheee..tp jgn terlalu pcaye yep..kekeke...sy ni mmg byk oooo tahi lalat...j0m check it per maksud disebalik tu..lalaalaaalaa~~
1. Tahi Lalat di kepala
  • Banyak fikir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.

2. Tahi lalat di ubun kepala
  • Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
3. Tahi lalat di dahi
  • Ada halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu.
4. Tahi lalat di bulu kening kiri
  • Menjadikan dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.
5. Tahi lalat di bulu kening kanan
  • Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.
6. Tahi lalat di bawah mata
  • Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.
7. Tahi lalat di hidung
  • Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.
8. Tahi lalat di pipi kiri / kanan
  • Sekiranya membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’.
9. Tahi lalat di alur senyuman (smiling line)
  • Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati.
10. Tahi lalat di alur dagu
  • Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya.
11. Tahi lalat di telinga
  • Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.
12. Tahi lalat di tengkuk
  • Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.
13. Tahi lalat di leher
  • Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak.
14. Tahi lalat di bahu kiri
  • Halangan rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah didatangi angin-jahat. Mudah stress.
15. Tahi lalat di bahu kanan
  • Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan angin-jahat.
16. Tahi lalat di dada
  • Dia mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.
17. Tahi lalat di belakang badan
  • Kesihatannya terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).
18. Tahi lalat di bawah payudara
  • Hidupnya jadi penasaraan sekiranya mempunyai dua tahi lalat dibawah payudara iaitu di kiri dan kanan payudaranya. Hidupnya sering menjadi perhatian ramai.
19. Tahi lalat di atas pusat
  • Tidak membawa apa-apa maksud tertentu.
20. Tahi lalat di bawah perut
  • Sering mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, boleh mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat. Mudah mendapat stress (tekanan).
21. Tahi lalat di peha kiri atau kanan.
  • Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.
22. Tahi lalat di Kemaluan
  • Tahi lalat di kemaluan Wanita :
Jika jenisnya tahi lalat ‘jantan’ terletak dikemaluan wanita menjadikan sex wanita itu tidak bernafsu walaupun ada keinginan dan kemahuan . Isteri sukar mencapai kepuasan (klimaks) dalam hubungan kelamin.
Antara masalah lain wanita yang mempunyai tahi lalat di kemaluan juga mudah mengalami masalah keputihan dan mudah dihinggapi penyakit radang kemaluan.
Sekiranya jenis tahi lalat ‘betina’ berada dikemaluan wanita, menjadikan wanita itu seorang yang suka dan kuat berjimak tetapi sukar dan lambat mencapai tahap kepuasan (orgasma). Dalam hubungan ini sering menimbulkan rasa ketidakpuasan dalam hati si isteri dan memberontak dalam diam, adakala boleh mengundang pergaduhan suami-isteri. Bagi menanganinya suami harus memberikan khidmat dan layanan yang kerap sehingga isteri benar-benar mencapai kepuasan maksimum, memahami kehendak isteri. Sekiranya suami kurang bertenaga untuk memberi layanan harian kepada isteri, jalan keluar adalah mencari penawar untuk isteri agar selera nafsunya berkurangan. Dengan cara ini kedua pasangan mendapat keseimbangan dan kesepakatan diranjang dan bahagia melayari bahtera cinta.
  • Tahi lalat di kemaluan Lelaki
Jika jenisnya tahi lalat ‘betina’ yang menduduki di zakar lelaki, maka ia menjadikan sex lelaki itu tidak bernafsu terhadap wanita serta lemah syahwatnya dan sukar mencapai kepuasan dalam hubungan kelamin suami-isteri. Ditakuti lelaki lebih tertarik pada kaum sejenisnya, kemahuan dan tenaga syahwatnya lebih terdorong kepada kaum sejenisnya. Ditakuti juga boleh mendatangkan kemandulan atau kurang air mani nya.
Sekiranya jenis tahi lalat ‘jantan’ menduduki dikemaluan lelaki, menjadikan lelaki itu seorang yang kuat berjimak dan sentiasa ingin mencari kepuasan bersenggama. Adakah isteri mampu menuruti kehendak suami setiap masa dan keadaan? Sekiranya isteri gagal memenuhi kehendak suami, dan sekiranya suami hilang kesabaran dan kurang pula ketakwaannya terhadap Ilahi, kurang didikan agama dan akhlak ini boleh mendorong suami melampiaskan nafsunya di luar batas agama, mengundang dosa dan kemungkinan mendapat penyakit kelamin.
23. Tahi lalat di betis
  • Samada tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah dan diperbanyak rezekinya.
24. Tahi lalat di kaki
  • Menandakan seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.
25. Tahi lalat di tangan kiri
  • Dipermudah rezekinya.
26. Tahi lalat di tangan kanan
  • Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.
27. Tahi lalat di pinggang
  • Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut.
28. Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh
  • Mudah terkena sihir, orang sering dengki terhadapnya, sering mendapat musibah.
29. Tahi lalat atas bibir, di bibir
  • Seorang yang banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan ‘kesakitan’ pada yang mendengar. Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru.

Lot Of Love & Hugs,
* Waniey CayunX *

sk0deng2 mncari rezeki halal~


ad0iyaiiiiiiii...tetiba sy jd sgt bersemangat nk berniage la...hehheehee!! carik rezeki ler semperna bln p0se ni...
siyez ni..las0m xmaen2...antara benda yg sy akan wat=
1)biskut raye 
2)minuman k0rdial pelbagai perisa
3)kueh apam (c0l0urful)
4)branded perfumes
by the way,biskut raye n apam tu sy n my makcik  yg wat..bergabung tenaga n m0dal..biskut raye kami juz wat 2jenis jek...hehehee...permulaan xbek tamak kn3??kekekee~
biskut raye n kueh apam tu homade k...
nnt sy update kn lg entry sal sumer benda2 ni skali ngan pic n price....
harga2 ni sumer berpatutan n plg murah antara laen n DIJAMIN BEZZZ.....h0pefully ler..kekekeke...
s0,sape2 yg berminat nk tau,ley la leave kn ur nombor kat inbox http://www.facebook.com/MizMucuxSyumaX... thankz...muacx!!


Lot Of Love & Hugs,
* Waniey CayunX *

g0l m0re harimau malaya g0l m0re!!

semoge bjaye mnetang singap0re!!!!!!!!
m0de=sedey laaaaaaaaa..xdapat tgk match~~~
overtime~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

andainyer........................lelaki tahu~~

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.   Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.   Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.   Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.   Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.   Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.   Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.   Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.   Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.   Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.   Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.   Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.   Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

j0m knal same sy!!hahahaaa~~

1- ( makna nama )
**siti nurhazwani farhana= cahaya pemberianku riang gembira

2- ( fav kaler )
*hitam=Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.·
Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.

*coklat=Positif: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.· Negatif: hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah,Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.

* merah=Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.·
Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.

3- ( kdudukan lam adikbradik )
*anak ke-2=
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang favourite di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga terasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain,Suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri dan Cepat atau mudah mengalah

4-- ( unsur diri )
*air=
Menghidupkan hati pasangan menjadikan pasangan sentiasa bersemangat, Mengambil berat tentang pasangan dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup,Hatinya bersih serta boleh membahagiakan pasangan dan anak-anak, Menenangkan hati pasangan bila menghadapi masalah,Mengambil berat,Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan,Menenangkan pasangan,Sangat romantis dan Mudah menangis.

5 ( tarikh lahir )
* 27mac=
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Berpesonaliti yang menarik dan menawan
Mudah didampingi
Sangat pemalu dan pemendam rasa
Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
Suka pada kedamaian
Sangat peka kepada orang lain
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
Tidak cepat marah dan sangat amanah
Tahu balas budi dan tahu kenang budi
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
Suka berangan-angan
Suka melancong
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
Kelam kabut dalam memilih pasangan
Suka dgn hiasan rumahtangga
Punya bakat seni dalam bidang muzik
Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.
juga seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.
Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang
dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia
tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.



~ renung2 kn.. ~

Lot Of Love & Hugs,
* Waniey CayunX *